Category Archives: Arena JDT

JDT bawa import baharu musim depan

JOHOR BAHRU: Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal membawa masuk sekurang-kurang seorang atau dua lagi pemain import bagi memperkuat pasukan untuk mengharungi kempen Liga Malaysia dan saingan Piala AFC pada musim 2018.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, selain pemain import, sekurang-kurang tiga atau empat pemain tempatan bakal dibawa masuk bagi membawa cabaran skuad Harimau Selatan nanti.

Ketika ini, skuad Harimau Selatan diperkuat oleh empat pemain import – Gabriel Guerra, Gonzalo Cabrera, Mohamad Ghaddar dan Marcos Antonio yang terpaksa diketepikan untuk seketika selepas mengalami kecederaan.

“Pemain import yang saya akan bawa masuk sama ada seorang atau dua pemain manakala pemain tempatan mungkin tiga atau empat pemain,”kata Tunku Ismail.

“Untuk Johor Darul Ta’zim II (JDT II) ramai akan dibawa masuk kerana beberapa pemain dari JDT III akan ke pasukan itu. Saya juga ingin menegaskan tiada lagi wujud ‘feeder club’.

“Siapa yang pandai-pandai menyatakan `feeder club’, pandai saja FMLLP (Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia) kerana kalau kita tengok di Manchester United, Barcelona FC, Real Madrid mana ada ‘feeder club’.

“Ia sepatutnya `Development Club’ (Kelab Pembangunan) kerana tidak bersyarat dan kami boleh ambil mana-mana pemain muda untuk beraksi bersama JDT kerana kedua-dua pasukan di bawah kelab yang sama.”

Tunku Ismail juga memaklumkan pelantikan baharu, Martin Hugo Prest sebagai Pengarah Sukan bagi melapor perkembangan mengenai pasukan JDT manakala Luciano Figueroa yang pernah dilantik memegang jawatan berkenaan kini dilantik sebagai Duta kelab.

Beliau juga mengesahkan Presiden kelab masih dipegang oleh Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan Alistair Edwards selaku Pengarah Teknikal JDT.

Yayasan JDT dipengerusikan oleh Datuk Azmi Rohani yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri manakala Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) masih dipegang oleh Datuk Ismail Karim.

Tunku Ismail turut mengulas berhubung perbelanjaan dari tahun 2013 hingga 2017 yang mencecah RM300 juta, membabitkan pembangunan bola sepak terutama pembinaan padang latihan di JDT II, JDT II dan JDT IV.

“Untuk musim 2018, saya nak setiap tahun JDT ada bajet RM120 juta hingga RM160 juta setiap tahun, kerana penyelenggaraan tinggi dan juga pembinaan Akademi JDT di Kulai yang akan menjadi fokus utama dalam usaha meningkatkan lagi program akar umbi,” kata Tunku Ismail.

Advertisements

Diaz kembali ke JDT?

TIMBUL spekulasi bekas pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT), Jorge Pereyra Diaz kononnya akan kembali menyarung jersi Harimau Selatan.

Meskipun ia hanya khabar angin, kebanyakan penyokong setia JDT amat mengalu-alukan kehadiran semula penyerang dari Argentina itu.

Selain mengakui rindu kelincahan pemain terbabit di dalam padang, netizen turut mahu melihat Diaz bermain semula dengan juara Liga Super empat musim berturut-turut itu.

Dikhabarkan Diaz yang kini beraksi bersama sebuah kelab berpangkalan di Mexico bakal mengisi kuota import JDT untuk saingan Liga Malaysia musim depan.

Ada yang mendakwa sekembalinya Diaz ke JDT dipercayai dipengaruhi oleh seorang lagi bekas penyerang import kelab berkenaan dari Argentina, Luciano Figueroa.

Kebanyakan laman penyokong bola sepak turut menggembar-gemburkan khabar angin mengenai kepulangan semula Diaz ke selatan tanah air.

Difahamkan, khabar angin tersebut tercetus susulan gambar Diaz bersama anaknya yang memakai jersi JDT dalam posting terbaharu di laman Instagram milik pemain terbabit.

JDT pilihan tepat untuk Adib Zainuddin

Satu Malaysia kecoh apabila kapten Skuad Bawah 22 Tahun Negara Adib Zainuddin yang juga pertahanan Felcra FC mengesahkan penghijrahan ke Johor Darul Ta’zim musim depan.

Beberapa lama selepas pengakuan Adib itu, bertebaran ‘gosip liar’ penghijrahan beberapa pemain lagi ke skuad Harimau Selatan antaranya penyerang PKNP FC, Shahrel Fikri Fauzi, pertahanan Selangor, Adam Nor Azlin dan pemain tengah Pahang, Nor Azam Azih.

Cerita bertambah menarik apabila barisan pemain senior JDT pula dikaitkan untuk menyertai pasukan lain musim depan susulan dikatakan rombakan besar-besar bakal dilakukan juara Liga Super 2017 itu.

Susulan daripada spekulasi perpindahan pemain itu juga, penulis pula tidak menang tangan menerima panggilan dan kiriman mesej daripada rakan-rakan yang ingin mengetahui mengenai kebenaran berita itu.

Penulis hanya boleh cakap, “no komen, baca boleh, percaya jangan”.

Mengikuti rapat perkembangan bola sepak tempatan, penulis tidak menafikan ada sesetengah perkhabaran itu ada benarnya tetapi ada juga hanya gosip ‘liar’ semata-mata.

Nama pun gosip, jadi memang belum ‘comfirm’ la kan. Penulis melihat ia sebagai rencah bola sepak. “Jangan serius sangat”, orang sekarang cakap.

Apa pun, bercakap mengenai penghijrahan ke JDT, penulis berasakan ia satu keputusan yang tepat dibuat oleh mana-mana pemain.

JDT miliki segala-galanya. Siapa yang tidak mahu bersama kelab yang mempunyai prasarana terbaik, kebajikan terjaga dan beraksi bersama pemain-pemain handalan tempatan dan luar negara. Ia mungkin peluang sekali seumur hidup.

Cuma, pemain yang menentukan hala tujunya sebaik melangkah masuk ke pasukan handalan tanahair itu. Mereka perlu bijak bersaing merebut tempat dan manfaat sekali peluang yang diberikan memandangkan persaingan dalam pasukan berkenaan tampak begitu kompetitif.

Ketika ini, Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Abdul Radzak antara pemain yang kekal konsisten bersama pasukan JDT dan mungkin kedua-dua pemain itu boleh dijadikan ‘role model’ kepada mereka yang menyertai pasukan ini nanti.

Apapun sekali lagi, semoga maju jaya buat Adib, Adam Nor, Matt dan mungkin Syafiq Ahmad dengan pasukan baru anda musim depan!

TMJ terima menghadap Duta UAE

TUNKU Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor hari ini menerima menghadap Duta Emiriah Arab Bersatu Khalid Ghanim Mohammad Alghaith , di Johor, hari ini.

Menerusi satu perkongsian di Facebook Johor Southern Tigers memaklumkan bahawa pertemuan itu diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan antara negeri Johor dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Pertemuan itu bagi membuka peluang dalam membuat pelaburan di negeri Johor dan meningkatkan ekonomi, pendidikan serta perubatan dalam negeri Johor,” petik kenyataan itu.

Shahrel Fikri selar spekulasi perpindahan ke Johor DT

Pemain PKNP FC, Shahrel Fikri telah menyelar spekulasi yang mengaitkannya dengan penghijrahan ke Johor Darul Ta’azim untuk musim 2018.

Remain berusia 24 tahun itu berjaya meledak 11 gol untuk PKNP FC dalam Liga Perdana dan diberi ‘call-up’ oleh Nelo Vingada buat perlawanan Malaysia vs Hong Kong, bulan ini.

Dengan music 2018 bakal berakhir, antara spekulasi yang sedang hangat diperkatakan adalah Shahrel Fikri ke JDT, tetapi pemain yang berasal daripada Perak itu mendedahkan bahawa dia belum menerima sebarang tawaran daripada mereka.

Tiada apa-apa (tawaran daripada Johor DT). Saya pelik dan terkejut apabila secara tiba-tiba khabar angin itu muncul. Malah ramai pemain yang menyerlah dikaitkan dengan Johor DT. Apa pun, saya tidak fikir apa-apa (soal perpindahan) dan kontrak saya dengan PKNP hingga 2019,” kata Shahrel kepada Arena Metro.

“Setakat ini tiada pasukan pun yang menghubungi saya, mungkin mereka tahu saya masih ada kontrak dengan PKNP. Sayang juga nak tinggal kelab ini kerana saya asal Perak dan mula mencipta nama pun dengan PKNP,” tambahnya.

Selain Shahrel, antara nama-nama lain yang sedang dikaitkan dengan Johor DT adalah Nor Azam Azih (Pahang), S. Kumaahran (Pulau Pinang), Syamer Kutty (Pulau Pinang) dan Adam Nor Azlin (Selangor)