TMJ mahu Morais kembali mengemudi JDT.

Pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yakin bahawa satu hari nanti Ulisses Morais bakal kembali bagi mengemudi pasukan JDT. Beliau berkata demikian dalam satu entri di laman media sosial Facebook Johor Southern Tigers.

TMJ menyifatkan Morais sebagai jurulatih yang senang untuk diajak bekerjasama dan juga jurulatih yang paling bagus sejak beliau melakukan penjenamaan semula ke atas pasukan Johor. Baginda turut mengagumi cara Morais apabila bersemuka dan menambat hati pemain.

Di akhir kenyataan baginda, Tunku Ismail yakin bahawa satu hari nanti Morais akan kembali bagi mengendalikan juara bertahan Liga Super ini.

Di bawah bimbingan Morais, JDT berjaya memenangi mahkota Liga Super musim 2017 dengan berkelebihan sembilan mata di atas pasukan Pahang yang menduduki tangga kedua. JDT berjaya memenangi 15 perlawanan, 4 seri dan 3 kekalahan sepanjang musim.

Dan jika benar Morais kembali ke pangkuan JDT, adakah kita akan melihat Johor Darul Ta’zim yang lebih kuat dan lebih baik pada masa akan datang ?

Leave a comment

Website Built with WordPress.com.

Up ↑