Dua ditahan hina Sultan Johor, TMJ

JOHOR BAHRU – Dua lelaki yang mengeluarkan kenyataan jelik secara berasingan dalam Facebook terhadap kerabat diraja Johor ditahan di Selangor dan Negeri Sembilan.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd berkata, suspek lelaki pertama ditahan di Gombak, Selangor pukul 12.15 tengah hari ini.

“Suspek ini menghantar mesej berunsur jelik melalui Facebook bertujuan menghina dan menyakitkan hati Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Institusi Diraja Johor.

“Tindakan ini adalah susulan daripada satu laporan polis yang dibuat pukul 11.19 pagi pada 24 Mac lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, seorang lagi suspek lelaki berusia 27 tahun ditahan pada pukul 11.30 malam tadi di Rembau, Negeri Sembilan.

Jelasnya, suspek ditahan kerana memuat naik kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam Facebook. – UTUSAN ONLINE

Leave a comment

Website Built with WordPress.com.

Up ↑