Zahid Hamidi mahu ahli umno modenkan parti

JOHOR BAHRU – Ahli Umno diseru untuk memodenkan dan mengukuhkan rumah parti dan bukannya bertindak meruntuhkannya.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata meskipun rumah Umno telah berusia namun tiangnya masih utuh.

“Kita yang ada di rumah Umno ini perlu bertanggungjawab untuk pastikan tidak ada mana-mana bekas tokoh cuba membaling batu ke rumah cermin tingkap kita.

“Kota tahu tak mudah untuk kita pertahankan rumah Umno yang berusia 71 tahun, kita ada rumah yang kukuh dengan tiang seri yang kukuh, lantai dan dinding ada lubang dan bumbungnya kadang-kadang bocor, tetapi kita harus pertahankan, tampal lantai itu, tidak perlu robohkan,” katanya pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pulai, di sini.

Ahmad Zahir turut mengajak semua ahli Umno menolak dan tidak melayan individu ‘saudagar mimpi’ yang kini menabur janji.

Beliau turut mengingatkan ahli Umno tidak bernostagia dan membiarkan sejarah menjadi cermin sekaligus tidak mahu ahli-ahlinya supaya tidak menoleh kebelakang.

“Cermin kita untuk lihat belakang sama ada kita nak belok atau jalan terus tapi itu cermin….kita jangan pernah toleh belakang terutama dalam perjuangan yang kita lakukan….perjuangan kita perlu teruskan,” katanya.

Tegasnya, perjuangan dalam Umno bukan bersifat materialistik, sebaliknya semata-mata memastikan kemenangan parti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s