Tiada tekanan bermain dihalaman sendiri-Safawi Rasid

TIADA tekanan beraksi di laman sendiri, kata pemain skuad bawah 22 tahun negara (B-22), Safawi Rasid.

Malah pemain kelahiran Terengganu dan kini menabur bakti bersama Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu melihat ia sebagai pemangkin semangat untuk merangkul ibu segala pingat yang kali terakhir dimenangi pada 2011 di Jakarta, Indonesia.

“Saya tak lihat main di negara sendiri sebagai beban, apatah lagi ia cabaran untuk kami sebagai pemain buktikan keupayaan.

“Malah, saya yakin, kami mampu melakukan yang terbaik untuk menang emas dan menggembirakan semua peminat bola sepak di negara ini,” katanya.

Safawi yang sebelum ini tidak ikut serta dalam saingan kelayakan Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok bulan lalu, dipanggil dalam skuad awal 27 pemain bagi KL2017.

Kata Safawi, walaupun tidak bersama dalam saingan kelayakan di Bangkok itu, ia bukan masalah untuk menyesuaikan diri dengan kesemua pemain.

“Saya juga sudah terbiasa dengan kesemua pemain sebelum ini selain turut mengenali coach Kim Swee.

Jadi, saya rasa tiada masalah untuk saya memahami taktikal pasukan. “Malah, ini Sukan Sea pertama saya, jadi sudah tentu saya mahu turut serta dan menang emas.

“Tetapi kalau ikutkan, memang rumit untuk coach pilih pemain, jadi semua pemain termasuk saya sendiri kena usaha kuat bagi tersenarai dalam pasukan,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s