Persatuan nelayan syorkan kerajaan memantau peralatan menangkap Ikan

PONTIAN – Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Johor Selatan mencadangkan agar kerajaan menetapkan harga peralatan memancing dan menangkap ikan yang ketika ini bergantung sepenuhnya kepada peruncit dan peniaga.

Pengerusinya, Azli Mohamad Aziz berkata, harga peralatan memancing dan menangkap ikan yang semakin meningkat amat membebankan golongan nelayan.

Sedangkan katanya, peralatan itu amat diperlukan nelayan untuk mencari rezeki di laut. “Nelayan pantai yang mempunyai bot kecil kerap berdepan jaring rosak dan terpaksa beli dengan harga baharu yang agak tinggi.

Mereka tidak mempunyai pilihan lain selain membeli jaring tersebut kerana jika tidak, bagaimana mereka hendak menangkap ikan?,” katanya.

Dalam pada masa sama, Azli berpendapat, cadangan penetapan harga runcit bagi ikan kembung adalah tidak relevan.

“Bukan hari-hari dapat tangkap ikan kembung. Berilah sedikit ruang kepada nelayan terutama kepada nelayan kecil untuk jual hasil mereka,” katanya.

Beliau berkata, penetapan harga lebih baik dilaksanakan untuk peralatan menangkap ikan kerana ia lebih memberi manfaat kepada nelayan.

“Lebih baik bantu nelayan dahulu dengan tetapkan harga peralatan yang meningkat setiap bulan. Jika harga peralatan sudah ditetapkan, mudah bagi nelayan untuk turun ke laut.

Jadi hasil tangkapan juga akan meningkat,” katanya. Azli turut meminta kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat dengan cadangan penetapan harga runcit ikan kembung segera berbincang dan mencari penyelesaian terbaik agar tidak membebankan nelayan.

“Kami di PNK Johor Selatan sedang berusaha untuk memasarkan ikan segar terus kepada pembeli.

Kami mahu mewujudkan pasar-pasar ikan di lokasi tumpuan,” katanya. Bagi nelayan, Sameon Ahmad, 49, kenaikan harga peralatan menangkap ikan seperti pukat hanyut, timah dan jaring membebankan nelayan pantai yang memiliki bot kecil.

“Jadi penetapan harga untuk peralatan menangkap ikan adalah sangat baik untuk kami,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s