Hujan lebat menyebabkan Kg Parit Pasir Pekan Nenas dinaiki air.

PONTIAN- Hujan lebat berterusan melebihi empat jam sejak awal pagi tadi menyebabkan banjir kilat di Kampung Parit Pasir Pekan Nanas.

Pegawai Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) daerah Pontian, Mohd Hairol Ishak berkata seramai lapan anggota bergegas ke lokasi banjir sebaik menerima panggilan kira-kira jam 8.30 pagi.

“Sebanyak 12 rumah penduduk dinaiki air sehingga paras buku lali. Keadaan banjir kilat beransur pulih menjelang tengah hari.

“Anggota APM dikerahkan membantu kerja-kerja pembersihan rumah penduduk yang terjejas,” katanya. Menurut Hairol, anggota APM akan terus memantau kawasan yang berisiko dilanda banjir di daerah ini berikutan hujan lebat sejak dua hari lalu.

Katanya , antara kawasan yang dipantau APM ialah di Kampung Parit Hassan Benut, Kampung Parit Pasir dan Kampung Paya Embun Pekan Nanas serta Kampung Sungai Durian Kukup.

Sementara itu, menurut sumber Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, tiada pusat penempatan sementara mangsa banjir yang dibuka di Kampung Parit Pasir Pekan Nanas, kerana air banjir sudah surut secara beransur-ansur menjelang tengah hari tadi.

Jelasnya, hujan lebat melebihi empat jam menyebabkan limpahan air dari longkang konkrit ke kawasan rendah mengakibatkan 12 rumah penduduk terjejas dengan banjir kilat.

Bagaimanapun, air mula surut sepenuhnya di kawasan terlibat dan kerja pembersihan rumah yang dinaiki air sedang dijalankan oleh anggota APM dan penduduk.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s